Saturday, November 19, 2011

Perkembangan Nyanyian

Perkembangan nyanyian rakyat ini sebenarnya terdapat di semua negeri di Malaysia.

Friday, November 18, 2011

Penglipur Lara

Kegemilangan, kehebatan, fungsi serta bahan-bahan sastera rakyat ini begitu banyak menjadi kajian para sarjana barat baik Wilkinson, Winstedt, Skeat serta lain-Iainnya. Kajian
mereka ini disambung oleh para pengkajian tempatan antaranya Za'ba, Taib Osman, Zakaria Hitam, Shahrom Husain, A. Samad Ahmad serta lain-Iainnya. Pelbagai teori
dikeluarkan. Pelbagai hujah pula baik diterima atau ditolak dibincangkan. 


Namun ternyata baik cerita mahupun puisi tetap merupakan hasil kreatif dari pujangga silam yang tinggi
wibawa intelektualnya dan mereka mewariskan kepada bangsanya mutiara klasik yang tidak ternilai harganya. Menyentuh tentang puisi pula terdapat banyak bahan yang terkumpul. Pelbagai bentuk dan jenis. Daripada yang terikat bentuk dan susunannya sampailah kepada yang lepas bebas. Dari pantun sampailah kepada bahasa berirama serta perbilangan adat. Namun demikian, satu hal yang perlu disebutkan ialah bahan-bahan yang disebutkan itu mengalami kesenyapan dalam hal melodi atau lagunya. Walaupun sebenarnya ada diantara puisi-puisi tersebut dinyanyikan baik ia berdiri sebagai sebuah lagu, puisi dalam cerita, puisi dalam mantera mahupun puisi-puisi yang digunakan dalam istiadat. Fenomena ini menambahkan lagi khazanah puisi rakyat iaitu puisi-puisi yang mempunyai melodi dikenali sebagai Nyanyian Rakyat. Nyanyian Rakyat juga memeriahkan perkembangan sastera rakyat malah tenarnya masih dapat dirasai sehingga akhir tahuntahun
lima puluhan sewaktu tokoh-tokoh dalam bidang ini masih ada. Mereka menyanyi menggunakan rebab, rebana, batil, gendang dan sebagainya sebagaimana yang telah disebutkan.

Thursday, November 17, 2011

Sejarah Kewujudan

•Merupakan khazanah warisan bangsa yang tak ternilai harganya

Dewasa : Keramaian Dan Perayaan

Bagi orang dewasa, lagu memainkan peranan penting dlm menyambut sesuatu perayaan atau keramaian.
Unsur penyatuan dalam cara hidup masyarakat Melayu sangat jelas dimanfestasikan pada pandangan orang dewasa melalui lagu rakyat apabila lagu-lagu tersebut kebanyakannya dimainkan ketika berkumpul dalam upacara dan keramaian atau sambutan sesuatu perayaan.Misalnya lagu Ulik Mayang digunakan ketika berkumpul dalam upacara pengubatan sementara lagu Dondang Sayang lazimnya dinyanyikan dalam upacara keramaian seperti perkahwinan.
Di sesetengah tempat di Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka Dikir Berendoi dinyanyikan ketika upacara meraikan kelahiran
Selain itu Gendang Keling dan Beduan juga dinyanyikan dalam majlis perkahwinan.
                                                  Umbut mayang diumbut,
Umbut dengan jala jemala,
Ulik mayang diulik
Ulik dengan tuannya puteri
Puteri satu bersubang gading
Puteri satu bersubang gading
Puteri dua bersanggul sendeng
Puteri dua bersanggul sendeng
Ulik mayang diulik
Ulik dengan tuannya puteri

(Sumber : Lagu Rakyat; Memupuk Kesantunan Melayu; artikel Rahmah Bujang: Seni Lagu Melayu Tradisi:Jambatan Penyatuan Orang Melayu; 2006: Dewan Bahasa & Pustaka. Kuala Lumpur.hal. 223)


Keistimewaan

Selain daripada menyanyikan lagu-Iagu tersebut pada malam-malam hari, lagu-Iagu ini
juga terdapat dalam upacara-upacara tertentu sebagimana yang telah dijelaskan. Misalnya
terdapat lagu rakyat yang dinyanyikan sewaktu menumbuk emping. Ada lagu yang
dinyanyikan ketika mengirik padi iaitu menceraikan padi dengan tangkainya. Ada lagu yang
dinyanyikan sewaktu upacara mencukur rambut bayi.
Upacara-upacara yang sebegini kedapatan lebih meriah kerana khalayaknya ramai.
Upacara ini disertai dengan jamuan dan sebagainya. Namun apa yang nyata di sini ialah
tokoh lagu-Iagu rakyat mendapat tempat yang cukup wajar dalam masyarakat Melayu
tradisional itu khususnya.



Satu perkara yang perlu disebut ialah tokoh-tokoh ini baik lelaki mahupun perempuan
mempunyai suara yang lunak merdu dan cepat sahaja akan memikat khalayaknya.
Menyebut perihal suara yang merdu ini, masyarakat masa lalu sering mengaitkannya
dengan "Buluh Perindu". Mereka sering beranggapan bahawa tokoh-tokoh lagu rakyat
mempunyai suara "Buluh Perindu". Malah hal ini kadang-kadang menjadi satu mitos yang
sangat kuat di kalangan masyarakat bahawa tokoh tersebut mempunyai "Buluh Perindu"
yang dimaksudkan itu. Buluh tersebut dapat memerdukan suara si pemiliknya apatah lagi
jika bahagian kecil buluh itu diselitkan di celah gigi.
Apa yang sebenarnya ialah tokoh-tokoh tersebut sememangnya mempunyai suara yang
isitimewa. Tidak dapat dinafikan mereka sentiasa menjaga kemerduan suara mereka. Ada
pantang larang terutama dalam hal makanan dan minuman. Mereka juga mempunyai
waktu latihan. Ini dilakukan oleh mereka sendiri-sendiri.
Perkembangan mutakhir dalam bidang ini sekarang ini nampaknya agak kabur. Walaupun
kedudukan sebenarnya, lagu-lagu ini cukup diminati jika diketengahkan dengan cara yang
sewajarnya. Kita mungkin boleh mengekalkan bentuk persembahan asalnya sebagai bahan
dokumentari dan rujukan dari semasa ke semasa mungkin lagu-Iagu ini menjadi inspirasi
kepada tokoh-tokoh muzik tanahair. Sebagai contoh lagu Rakyat Pahang berjudul
Walinongsari telah dinyanyikan oleh Allahyarhamah Datin Rafeah Buang termuat dalam
album yang dikeluarkan oleh kerajaan Negeri Pahang dengan judul "Bingkisan Dari
Pahang". Kemudiannya lagu ini dinyanyikan pula oleh Siti Nurhaliza yang termuat dalam
album Seri Balas.
Ternyata kedua-dua penyanyi ini dengan lagu yang dimaksudkan mendapat perhatian dari
khalayaknya.
Baik dalam masyarakat melayu tradisional masa lalu, mahupun dalam masyarakat majmuk
era globalisasi sekarang ini kita menyakini bahawa lagu-Iagu rakyat bakal mendapat
tempat jika usaha-usaha yang jelas dibuat bagi mengenengahkan semula lagu-Iagu
tersebut walaupun dalam bentuk persembahan yang berlainan dengan persembahan
asalnya. Apa lagi dengan adanya segala kecanggihan teknologi bunyi sekarang ini. Hal ini
bererti kita dapat menjadikan lagu-Iagu itu berfungsi kembali dalam masyarakat
sebagaimana ia berfungsi dalam masyarakat tradisional yang disebutkan itu.
Kecintaan bangsa dan negara menunjukkan kita mempunyai jati diri yang kukuh dan teguh.
Mutiara klasik hasil renungan pujangga silam yang amat akrab dengan alam ini merupakan
satu bahan yang cukup mutlak untuk bertindak merealisasikan hasrat kita semua. Pastinya
pula hasil seni yang berpijak pada landas sastera ini dapat memainkan peranannya yang
sewajarnya serta mempunyai tempat yang betul dan tepat dalam pembentukan peradaban
insan.
5
Baik melodi mahupun Iirik lagu-Iagu ini dapat diterapkan bagi mendidik jasmani, emosi,
rohani dan intelek ahli masyarakat. Lagu-lagu rakyat yang dapat berdiri sebagai sesuatu
yang indah akan melaksanakan tugasnya dengan jaya jika ia tidak melalui zaman
kesenyapan.
Sempurna dan lengkapnya hidup manusia dapat disumbangkan oleh lagu-Iagu rakyat. la
tidak akan dapat dipisahkan daripada tata-tingkah susunan bidang ilmu yang kita perlukan.
Keindahan lirik serta kemerduan melodi lagu-Iagu rakyat dalam landas sastera menjadikan
unsur ini tidak boleh diabaikan.
Dalam tatatingkat bidang ilmu untuk kesempurnaan insan kita dapat melihat keistimewaan,
kekuatan serta fungsinya yang diwarnai oleh keindahan yang tinggi nilainya sebagai
susunan berikut:
Falsafah sebagai penjelasan hidup,
Kesusasteraan sebagai nyanyian hidup,
Kesenian sebagai intisari hidup,
Tasawuf sebagai intisari hidup,
Ibadat sebagai pegangan hidup.
- Hamka

Indung-Indung



Indung indung lagu indung
Indung indung lagu indung
Indung indung lagu indung
Indung indung
Anak dagang pergilah merantau
Membawa keris luk tujuh belas
Besi dititik besi di tinting
Diasap kemenyan tunggal
Dibasuh air belimbing buluh
Indung indung lagu indung
Indung indung
Bisanya keris tidaklah terkira
Sebulan
Sebulan dagang menggalas lalu
Jejak di tikam mati jua
Setitik
Setitik darah jatuhlah ke laut
12
Setahun ikan tidak bermain
Indung indung lagu indung
Indung indung
Setitik
Setitik darah jatuhlah ke darat
Semusim padi tidaklah menjadi
Indung indung lagu indung
Indung indung
(ulang rangkap kelima hingga akhir)

Penyanyi/Susunan Muzik/Melodi/Lirik oleh Aripin Said

Ulasan

Isi-puisi klasik melayu memang banyak memberi perutusan yang bermakna lewat katakata
yang menjadi rangkap dan baris puisi berkenaan. Indung-Indung merupakan salah
satu daripada puisi Puklasik yang bersifat demikian.
Puisi ini menjadi lirik nyanyian yang cukup memberi kesan menceritakan perihal seorang
jejaka yang pergi merantau berbekalkan sebilah keris yang tinggi nilai martabatnya sebagai
senjata yang sangat terkenal dalam masyarakat melayu. Keris tersebut digambarkan
sangat bisa. Setelah setahun dagang lalu, jejaknya yang ada jika ditikam dengan keris
tersebut, dagang itu akan menemui maut. Setitik darah dari hujung keris itu jika jatuh ke
laut maka setahun ikan tidak akan bermain disitu. Jika setitik darah tersebut jatuh ke darat,
semusim pula padi tidak menjadi.
Mesej yang hendak disampaikan oleh lagu ini ialah jika kita hendak merantau maka segala
kekuatan harus ada pada kita. Ini termasuk kekuatan fikiran, rohani dan jasmani. Kekuatan
ini menjadikan kita boleh menjana ekonomi, memasuki alam sosial yang berbagai
cabarannya serta mengenali budaya kehidupan.

burung kenek-kenek



Burung Kenek-Kenek
Burung Kenek-kenek
Terbang tinggi di awan
Pesan datuk nenek
pandai-pandai cari kawan
Burung kenek-kenek
Hinggap di atas dahan
Pesan datuk nenek
Sujudlah pada Tuhan
Geleng-geleng sapi
Berbulu di telinga
Atur tapak kaki
Berdiri lama-lama
Geleng-geleng sapi
Sapi berbulu merah
Atur tapak kaki
Cepat-cepat melangkah
Burung kenek-kenek
Hinggap tepi perigi
Pesan datuk nenek
Bangun pagi-pagi
Burung kenek-kenek
Hinggap di atas atap
Pesan datuk nenek
Rajin-rajin baca kitab
Lenggang-Ienggang kangkung
Kangkung di tengah rimba
Berair berair kabung
Budak nak makan gula
Lenggang-lenggang kangkung
Kangkung di tepi pagar
Berair berair kabung
Budak nak makan sakar
8
Burung kenek-kenek
Hinggap di atas bumbung
Pesan datuk nenek
Jangan laku sombong
Burung kenek-kenek
Hinggap pohon kelapa
Pesan datuk nenek
Patuh ibu bapa

Penyanyi/Susunan Muzik/Melodi/Lirik oleh Aripin Said

Ulasan

Merupakan sebuah lagu nasihat untuk kanak-kanak. Lagu ini mendorongkan kanak-kanak
untuk menjadi insan yang bertaqwa kepada Tuhan. Patuh pada ibu bapa. Rajin belajar dan
tidak mempunyai sikap yang angkuh. Perkataan pesan dalam lirik lagu ini bererti nasihat.
Liriknya juga menceritakan bagaimana anak-anak yang kecil diajar berjalan. Bagaimana
mengatur tapak kaki supaya tidak terjatuh. Dalam hal yang lain Iirik lagu ini menunjukkan
rezeki yang sentiasa ada. Gula dan sakar iaitu kedua-duanya sejenis manisan didapati dari
pokok kabung yang juga dikenali dengan nama "enau" dalam masyarakat melayu.

anGiN


Angin
Angin angin angin
Angin angin
Angin angin angin
Angin angin
Angin bertiup sayang
Bunyi dia menderu deru
Alam luas terbentang
Angin bertiup tidak berhenti
Dari dulu hingga kini
Angin angin
Angin bertiup intan
Dari pagi sampai petang
Dari petang sampai malam
Laut bergelombang
Angin mengajar kita
Jadi sopan jadi santun
Angin angin
Angin bertiup sayang
Dari pagi sampai petang

Dari petang sampai malam
Menjadi guru terbilang
Angin membawa cerita
Dari segenap tempat
Angin angina
Kita buka kitab lama
Sejarah Melayu itu tuan
Karangan Tun Seri Lanang
Betapa hebat kerajaan
Melayu Melaka
Teguh berdiri berabad lama
Angin angin
Sultan Mahmud kalah perang
Dia undur membawa diri harta
Rakyat dan isteri
Betapa lemah kita
Tidak ada pakat
Tidak bersatu hati
angin angin angin
Muar atau Batu Pahat
Bentayan serta Pagoh
Semua menjadi saksi
Kita sudah runtuh
Sultan Mahmud mangkat
Di Kampar
Angin angin
Kini kita sudah teguh
Pengajaran yang lalu menjadi ingatan
Betapa penting pakat tuan
Tidak ada pecah belah
Angin angin
Angin bertiup sayang
Dari pagi sampai petang
Dari petang sampai malam
Menjadi guru terbilang
Angin membawa cerita
Dari segenap tempat

Penyanyi/Susunan Muzik/Melodi/Lirik oleh Aripin Said

Ulasan :-

Angin yang bertiup sebenarnya banyak mengajar manusia untuk hidup sempurna malah
angin juga membawa dan menyebarkan cerita peristiwa menjadi konsep dalam Iirik lagu ini.
Cerita yang dibawakan ialah nasihat supaya hidup bersatu padu, teguh muafakat untuk
kepentingan bangsa, negara dan agama. Kejatuhan kerajaan melayu Melaka menjadi
contoh dalam lagu ini. Rakyat diminta menginsafi berdasarkan kepada sejarah silam yang
sentiasa menjadi ingatan dan pengajaran.
Keteguhan negara bangsa untuk meneruskan serta membina peradaban adalah
berlandaskan keyakinan yang ada pada rakyatnya.

Wednesday, November 16, 2011

Remaja : Mesra

Sesuai dengan proses pengembangan remaja, sekaligus dengan kecerdasan  berfikir dan rangsangan perasaan, lagu-lagu rakyat peringkat dewasa juga konsep penyatuan dengan harapan untuk bermesra antara satu sama lain dicipta
Ia lazimnya berdasarkan lirik-lirik yang manis, mengajak bercanda  dan usik mengusik terbit untuk memeriahkan hubungan dan penyatuan .Liriknya lazim dalam bentuk ungkapan berangkap seperti pantun dan syair atau bahasa berirama seperti kias ibarat, dan papatah petitih.
Tujuannya untuk beramah mesra, berhubung dengan sesuatu pertalian sillaturrahim, bertegur sapa, atau bersindir senda.Antara lagu yang sering menjadi pilihan ialah E Wau Bulan, Ala Canggung, Enjit-enjit Semut, Gelang si Paku Gelang, Ikan Kekek, Lenggang Kangkung, Suriram dan Rasa Sayang.
Ia dapat diteliti melalui contoh-contoh daripada lagu lagu berikut :-

E wau bulan(2x)
E wau bulan teraju tiga (2x)
Ini malam , sama-sama
Sama-sama bersuka ria (2x)
(Sumber : Lagu Rakyat; Memupuk Kesantunan Melayu; artikel Rahmah Bujang: Seni Lagu Melayu Tradisi:Jambatan Penyatuan Orang Melayu; 2006: Dewan Bahasa & Pustaka. Kuala Lumpur. hal. 222)
Ikan kekek mak iloi-iloi
Ikan gelama mak ilai-ilai
Dapat isteri cantiknya amboi
Pulang ke rumah mengilai-ngilai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...