Perkembangan nyanyian rakyat ini sebenarnya terdapat di semua negeri di Malaysia.
Malah Sabah dan Sarawak pastinya mempunyai perkembangan yang lebih unik kerana kepelbagaian etnik yang ada di kedua-dua negeri tersebut. Oleh kerana itu terdapat beberapa lagu yang terdapat di semua negeri dengan variasi yang sedikit berbeza terutama dalam hal perkataan dan dialek. Ini kerana lagu-Iagu tersebut diwarnakan oleh keadaan setempat. Antara lagu-Iagu yang sempat dikutip daripada tokoh-tokoh yang sempat ditemui ialah Walinongsari, Puteri Kayang, Pak Sang Bagak, Indung-Indung, Burung Kenek-Kenek,
Tebang Tebu, Galah Mudik, Dayang Keknong, Perang Bugis, Ya Ramadhan, Lagu Zikir, Anak Ayam Turun Sepuluh, Datuk Sepanjang Jalan, Ya Habibun, Angin, Tu Bulan Tu Bintang, Pantun Dagang, Nazam Ya Tuan, Anak Ayam Turun Sepuluh dan lain-lain. Lagu-Iagu yang disebutkan di atas mempunyai melodi yang sangat menarik. Walaupun pada peringkat perkembangannya yang gemilang dalam masyarakat masa lalu itu lagu-
Iagu tersebut digemari oleh semua lapisan masyarakat tetapi jika dikenalpasti terdapat sasaran yang tertentu ditujukan terutama jika kita melihat lirik atau kata-kata yang terdapat dalam lagu-Iagu tersebut.
Jelasnya disini ialah terdapat lagu untuk kanak-kanak, ada lagu untuk orang dewasa, ada lagu yang sesuai untuk semua kalangan dan ada lagu yang khusus untuk satu-satu upacara. Dalam pada itu terdapat lagu-Iagu yang ada hubungan dengan agama dan dalam hubungan ini ialah Agama Islam. Lagu-Iagu tersebut pula ada yang panjang dan ada yang pendek. Ada lagu yang mengandungi cerita di dalamnya. Lagu-Iagu yang seperti ini dinyanyikan oleh tokohnya sampai dua tiga malam baru selesai.
0 comments:
Post a Comment