Thursday, November 10, 2011

perkembangan kesusasteraan

Perkembangan Kesusteraan Melayu dalam genre sastera rakyat terbahagi kepada duaiaitu prosa dan puisi. Prosa merupakan cerita-cerita rakyat baik dalam bentuk mitos,lagenda, asal-usul, cerita binatang, cerita jenaka serta cerita-cerita yang mempunyaipengaruh Arab dan Farsi. Manakala dalam perkembangan puisi pula terdapat pantun,syair, gurindam, seloka, jampi, serapah dan mantera serta terdapat puisi-puisi yangmempunyai pengaruh Arab Farsi iaitu Nazam, Kit'ah, Ruba'l dan Masnawi.Baik prosa mahupun puisi, dalam zaman kegemilangannya yang disampaikan secara lisanoleh penglipur lara yang profesional serta kalangan ibu bapa, nenek dan lain-lain secaraamaturnya.Panglipur lara pada waktu itu merupakan orang yang penting, berpengaruh, dihormati sertadianggap istimewa. Mereka menyampaikan prosa tersebut dengan mengingatinya atausecara hafalan. Mereka menggunakan alat bunyi-bunyian seperti rebana, rebah, gendangserta lain-Iainnya. 


Khalayaknya pula ialah kalangan masyarakat kampung dari segalaperingkat. Baik muda mahupun tua malah kanak-Kanak juga. Baik lelaki mahupunperempuan. Semuanya berminat untuk mendengar malah kadang-kadang acara berceritaatau seumpamanya memakan masa dua tiga malam baru selesai.Panglipur lara merupakan sebuah institusi pendidikan dalam masyarakat tradisional. Ceritaserta puisi yang mereka sampaikan menjadi alat kawalan sosial yang membentuk tingkahlaku masyarakat pada waktu itu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...