Thursday, November 17, 2011

Keistimewaan

Selain daripada menyanyikan lagu-Iagu tersebut pada malam-malam hari, lagu-Iagu ini
juga terdapat dalam upacara-upacara tertentu sebagimana yang telah dijelaskan. Misalnya
terdapat lagu rakyat yang dinyanyikan sewaktu menumbuk emping. Ada lagu yang
dinyanyikan ketika mengirik padi iaitu menceraikan padi dengan tangkainya. Ada lagu yang
dinyanyikan sewaktu upacara mencukur rambut bayi.
Upacara-upacara yang sebegini kedapatan lebih meriah kerana khalayaknya ramai.
Upacara ini disertai dengan jamuan dan sebagainya. Namun apa yang nyata di sini ialah
tokoh lagu-Iagu rakyat mendapat tempat yang cukup wajar dalam masyarakat Melayu
tradisional itu khususnya.



Satu perkara yang perlu disebut ialah tokoh-tokoh ini baik lelaki mahupun perempuan
mempunyai suara yang lunak merdu dan cepat sahaja akan memikat khalayaknya.
Menyebut perihal suara yang merdu ini, masyarakat masa lalu sering mengaitkannya
dengan "Buluh Perindu". Mereka sering beranggapan bahawa tokoh-tokoh lagu rakyat
mempunyai suara "Buluh Perindu". Malah hal ini kadang-kadang menjadi satu mitos yang
sangat kuat di kalangan masyarakat bahawa tokoh tersebut mempunyai "Buluh Perindu"
yang dimaksudkan itu. Buluh tersebut dapat memerdukan suara si pemiliknya apatah lagi
jika bahagian kecil buluh itu diselitkan di celah gigi.
Apa yang sebenarnya ialah tokoh-tokoh tersebut sememangnya mempunyai suara yang
isitimewa. Tidak dapat dinafikan mereka sentiasa menjaga kemerduan suara mereka. Ada
pantang larang terutama dalam hal makanan dan minuman. Mereka juga mempunyai
waktu latihan. Ini dilakukan oleh mereka sendiri-sendiri.
Perkembangan mutakhir dalam bidang ini sekarang ini nampaknya agak kabur. Walaupun
kedudukan sebenarnya, lagu-lagu ini cukup diminati jika diketengahkan dengan cara yang
sewajarnya. Kita mungkin boleh mengekalkan bentuk persembahan asalnya sebagai bahan
dokumentari dan rujukan dari semasa ke semasa mungkin lagu-Iagu ini menjadi inspirasi
kepada tokoh-tokoh muzik tanahair. Sebagai contoh lagu Rakyat Pahang berjudul
Walinongsari telah dinyanyikan oleh Allahyarhamah Datin Rafeah Buang termuat dalam
album yang dikeluarkan oleh kerajaan Negeri Pahang dengan judul "Bingkisan Dari
Pahang". Kemudiannya lagu ini dinyanyikan pula oleh Siti Nurhaliza yang termuat dalam
album Seri Balas.
Ternyata kedua-dua penyanyi ini dengan lagu yang dimaksudkan mendapat perhatian dari
khalayaknya.
Baik dalam masyarakat melayu tradisional masa lalu, mahupun dalam masyarakat majmuk
era globalisasi sekarang ini kita menyakini bahawa lagu-Iagu rakyat bakal mendapat
tempat jika usaha-usaha yang jelas dibuat bagi mengenengahkan semula lagu-Iagu
tersebut walaupun dalam bentuk persembahan yang berlainan dengan persembahan
asalnya. Apa lagi dengan adanya segala kecanggihan teknologi bunyi sekarang ini. Hal ini
bererti kita dapat menjadikan lagu-Iagu itu berfungsi kembali dalam masyarakat
sebagaimana ia berfungsi dalam masyarakat tradisional yang disebutkan itu.
Kecintaan bangsa dan negara menunjukkan kita mempunyai jati diri yang kukuh dan teguh.
Mutiara klasik hasil renungan pujangga silam yang amat akrab dengan alam ini merupakan
satu bahan yang cukup mutlak untuk bertindak merealisasikan hasrat kita semua. Pastinya
pula hasil seni yang berpijak pada landas sastera ini dapat memainkan peranannya yang
sewajarnya serta mempunyai tempat yang betul dan tepat dalam pembentukan peradaban
insan.
5
Baik melodi mahupun Iirik lagu-Iagu ini dapat diterapkan bagi mendidik jasmani, emosi,
rohani dan intelek ahli masyarakat. Lagu-lagu rakyat yang dapat berdiri sebagai sesuatu
yang indah akan melaksanakan tugasnya dengan jaya jika ia tidak melalui zaman
kesenyapan.
Sempurna dan lengkapnya hidup manusia dapat disumbangkan oleh lagu-Iagu rakyat. la
tidak akan dapat dipisahkan daripada tata-tingkah susunan bidang ilmu yang kita perlukan.
Keindahan lirik serta kemerduan melodi lagu-Iagu rakyat dalam landas sastera menjadikan
unsur ini tidak boleh diabaikan.
Dalam tatatingkat bidang ilmu untuk kesempurnaan insan kita dapat melihat keistimewaan,
kekuatan serta fungsinya yang diwarnai oleh keindahan yang tinggi nilainya sebagai
susunan berikut:
Falsafah sebagai penjelasan hidup,
Kesusasteraan sebagai nyanyian hidup,
Kesenian sebagai intisari hidup,
Tasawuf sebagai intisari hidup,
Ibadat sebagai pegangan hidup.
- Hamka

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...