Fungsi nyanyian rakyat pada masa lalu itu tetap sama jika bahan-bahan itu berada di
tengah-tengah masyarakat sekarang. Namun ternyata kita mempunyai halangan yang
cukup mencabar iaitu bahan-bahan tersebut terlalu sukar untuk kita dapati kerana tokoh-tokoh
yang dimaksudkan jarang kita temui malah mungkin sudah tidak ada lagi.
Jika kita menyebut beberapa nama antara tokoh-tokoh yang dimaksudkan itu ialah Teh
Sidek, Yasin Husain, Saerah Deraman, Mansor Awang Kenit, Imam Md. Diah, Ismail Yen,
Esah Taib, Yasin Awang Kecik serta beberapa yang lain. Nama-nama tersebut
kebanyakkannya ialah tokoh-tokoh dari Negeri Pahang.
Mengimbas perkembangan masa lalu, kita dapat membayangkan seorang tokoh lagu-Iagu
rakyat memegang rebana atau rebah dan mungkin juga seruling duduk di serambi rumah
dan menyanyi. Mungkin juga mereka duduk di atas pelantaran rumah sambil menyanyi.
Waktunya ialah pada waktu-waktu malam yang baik cuacanya. Mungkin pada waktu bulan
sedang mengambang. Suaranya beralun ditingkah oleh bunyi tepuk rebana. Bunyi seruling
yang memecah keheningan malam.
Dihadapan tokoh itu pula terdapat khlayaknya yang sedang mendengar dengan khusyuk.
Ada yang duduk di serambi rumah. Ada yang duduk di tanah. Ada yang duduk di dalam
rumah terutamanya kaum perempuan. Khalayak itu pula terdiri dari kanak-kanak, orang
dewasa, kalangan yang sudah berusia dan lain-lainnya. Penyanyi lagu-Iagu rakyat menjadi
tumpuan masyarakat ketika dia membuat persembahan.
Selalunya tokoh tersebut akan dijamu oleh tuan rumah apabila persembahan tamat. Ketika
pulang dia dibekalkan dengan nasi pulut atau seumpamanya yang dibungkus dengan upih
pinang. Siap dengan lauk ayam panggang serta ikan bakar. Lebih dari itu kadang-kadang
mereka dibekalkan dengan ayam malah kadang-kadang kambing juga.
Bekalan untuk tokoh lagu rakyat ini berdasarkan kepada kemampuan tuan rumah serta
penduduk yang menjadi ahli masyarakat pada waktu itu. Namun apa yang nyata ialah
tokoh-tokoh lagu rakyat dengan kebolehan anugerah yang ada pada mereka menjadikan
tokoh itu mendapat penghormatan yang tinggi dan setimpal.
Tokoh-tokoh nyanyian rakyat ini selalunya bukanlah menjadi waris keluarga. Walaupun hal
ini kadang-kadang terjadi. Selalunya tokoh-tokoh ini akan lahir di kalangan masyarakat di
mana-mana juga. Selain daripada anugerah dan bakat mereka yang menjadi tokoh lagu-
lagu ini merupakan orang-orang yang tekun memerhati akan keadaan alam dan selebihnya
ialah menitisi lagu-Iagu serta bakat tersebut dari tokoh-tokoh yang lalu.
0 comments:
Post a Comment