Friday, November 18, 2011

Penglipur Lara

Kegemilangan, kehebatan, fungsi serta bahan-bahan sastera rakyat ini begitu banyak menjadi kajian para sarjana barat baik Wilkinson, Winstedt, Skeat serta lain-Iainnya. Kajian
mereka ini disambung oleh para pengkajian tempatan antaranya Za'ba, Taib Osman, Zakaria Hitam, Shahrom Husain, A. Samad Ahmad serta lain-Iainnya. Pelbagai teori
dikeluarkan. Pelbagai hujah pula baik diterima atau ditolak dibincangkan. 


Namun ternyata baik cerita mahupun puisi tetap merupakan hasil kreatif dari pujangga silam yang tinggi
wibawa intelektualnya dan mereka mewariskan kepada bangsanya mutiara klasik yang tidak ternilai harganya. Menyentuh tentang puisi pula terdapat banyak bahan yang terkumpul. Pelbagai bentuk dan jenis. Daripada yang terikat bentuk dan susunannya sampailah kepada yang lepas bebas. Dari pantun sampailah kepada bahasa berirama serta perbilangan adat. Namun demikian, satu hal yang perlu disebutkan ialah bahan-bahan yang disebutkan itu mengalami kesenyapan dalam hal melodi atau lagunya. Walaupun sebenarnya ada diantara puisi-puisi tersebut dinyanyikan baik ia berdiri sebagai sebuah lagu, puisi dalam cerita, puisi dalam mantera mahupun puisi-puisi yang digunakan dalam istiadat. Fenomena ini menambahkan lagi khazanah puisi rakyat iaitu puisi-puisi yang mempunyai melodi dikenali sebagai Nyanyian Rakyat. Nyanyian Rakyat juga memeriahkan perkembangan sastera rakyat malah tenarnya masih dapat dirasai sehingga akhir tahuntahun
lima puluhan sewaktu tokoh-tokoh dalam bidang ini masih ada. Mereka menyanyi menggunakan rebab, rebana, batil, gendang dan sebagainya sebagaimana yang telah disebutkan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...